PERMAINAN KANAK-KANAK (PJM 3102)

PERMAINAN KANAK-KANAK (PJM 3102)

Friday 23 September 2011


LIBASGULUNG





 TAJUK PERMAINAN 
 
“LibasGulung” Permainan Kategori Jaring/Dinding




PENGENALAN 

Pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. Pergerakan lokomotor bersifat pergerakan yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran seperti jarak, hala dan sebagainya. Arah melibatkan bentuk arah gerakan samada dalam bentuk lurus,bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain. Pergerakan bukan  lokomotor pula dilakukan dalam keadaan tidak bergerak iaitu dalam keadaan setempat dan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga diertikan sebagai keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Gerakan dalam aktiviti bukan lokomotor perlulah di buat dalam keadaan tenang dan kurang tekanan. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai sukan yang pelbagai. Manipulasi alatan ialah bagaimana cara kita mengayakan atau menggunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran manipulasi alatan ini hendaklah dipraktikkan di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran manipulasi alatan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alatan dapat meningkatkan kordinasi anggota badan contohnya tangan-mata, kaki-mata dan lain-lain.
 


MATLAMAT

Permainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah unutuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam permainan kecil pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan kategori serangan/ kawasan.

Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori jaring / dinding. Nama permainan ini ialah libasgulung iaitu permainan seakan-akan permainan sepak takraw. Permainan ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

OBJEKTIF

Permainan kanak-kanak di sekolah banyak bertujuan untuk membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. Terdapat tiga objektif terhadap dominan perkembangan iaitu psikomotor, kognitif dan efektif.    


Bidang Psikomotor
  • Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya tahan secara maksimum
  • Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan, ketangkasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan.

Bidang Kognitif

  • Dapat mencipta satu set permainan yang sesuai dengan tahap murid yand dipilih.

Bidang Efektif

  • Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar.

TARIKH
Amali permainan kanak-kanak ini dijalankan pada 28/09/2011.

JANGKA MASA

Jangka masa yang diperlukan untuk menghabiskan satu set permainan ialah 10 mata.

TEMPAT

Gimnasium ipg kampus perlis

KUMPULAN SASARAN
Tahap 2 iaitu tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.


BILANGAN PESERTA

Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang. Dalam setiap permainan memerlukan 4 kumpulan iaitu terdiri daripada kumpulan A yang terdiri daripada kumpulan A1 dan kumpulan A2 manakala kumpulan B pula terdiri daripada kumpulan B1  dan kumpulan B2. 8 orang pemain diperlukan bagi memulakan permainan.

SENARAI ALATAN



BOLA TAKRAW

JARING

SKITEL



PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN


Pelan Kedudukan Perlaksanaan Permainan
 
GELANGGANG PERMAINAN 


GAMBARAN GELANGGANG 1

GAMBARAN GELANGGANG 2

GAMBARAN GELANGGANG 3

GAMBARAN GELANGGANG 4

UKURAN GELNGGANG PERMAINAN



KEDUDUKAN PEMAIN


KEDUDUKAN PEMAIN SEBELUM MEMULAKAN PERMAINAN

KEDUDUKAN PEMAIN KETIKA MELAKUKAN SERVIS

KEDUDUKAN PEMAIN KETIKA MELAKUKAN SERVIS


 

 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PERMAINAN



  1. Bahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan diwakili oleh empat peserta.
  2. Gelanggang akan dibahagikan kepada dua bahagian. Setiap kumpulan akan dibahagikan kepada satu bahagian.
  3. Permainan akan dimulakan dengan servis dari kumpulan A kepada kumpulan B.
  4. Setiap kumpulan hanya boleh menyentuh bola sebanyak tiga kali sahaja.
  5. Mata akan diberi kepada kumpulan yang berjaya menghantar bola ke dalam gelanggang lawan dan pihak lawan gagal membalas hantaran tersebut. 
  6. Pertukaran servis berlaku apabila pihak lawan berjaya mematikan bola
  7. Permainan akan berakhir jika salah satu pasukan memperolehi 10 mata. 


UNDANG-UNDANG PERMAINAN
  1. Setiap pasukan hanya memerlukan empat orang sahaja.
  2. Setiap peserta tidak boleh menggunakan tangan untuk membalas serangan pihak lawan. Hanya kaki, kepala atau dada sahaja yang dibenarkan.
  3. Setiap pasukan hanya boleh melakukan tiga kali sentuhan sahaja.
  4. Permainan boleh diwakili oleh wanita atau lelaki.
  5. Peserta tidak boleh memasuki kawasan bahaya atau kawasan peserta lain.
  6. Mata akan dikira jika bola menyentuh lantai kawasan pihak lawan.

GAMBARAN PERMAINAN 





 
 
Kelebihan
  1. Permainan ini dapat meningkatkan koordinasi antara mata dan kaki.
  2. Dapat membuatkan permainan lebih bersedia untuk menerima dan membalas serangan dari pihak lawan.

Kelemahan
  1. Tidak ada sasaran yang tetap. 
  2. Individu yang lemah akan menjadi sasaran.
  3. Pergerakan setiap individu terbatas kerana saiz gelanggang yang kecil


PERLAKSANAAN KEMAHIRAN

Prestasi Butiran mengajar:

  1. Teknik menyerang : teknik merejam 
  2. Teknik menahan : antisipasi lawan 
  • Perhatikan kedudukan pihak lawan
  • Perhatikan kedudukan pihak lawan.
  • Perhatikan gerak-geri pihak lawan yang mengambil bola
  • Anggar perlakuan dan pergerakan bola.
  • Bertindak balas daripada perlakuan pihak lawan untuk membuat keputusan. 





RUMUSAN

Melalui permainan kanak-kanak “
Libasgulung” ini, murid-murid dapat belajar beberapa kemahiran asas bagi permainan sepak takraw. Antara kemahiran asas yang dapat diterapkan kepada murid-murid ialah:

1. Kemahiran asas servis
2. Kemahiran asas membalas hantaran bola
3. Kemahiran asas menimbang bola

Melalui penerapan ini, murid-murid dapat menggunakan kemahiran asas yang dipelajari dalam permainan sepak takraw

Selain itu, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Permainan ini juga memberi peluang kepada pelajar bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang sihat dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mereka dan sekali gus membantu mereka mahir dalam kemahiran tersebut.

Permainan ini juga memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk bermain dan menentukan srategi mereka sendiri. Oleh sebab yang demikian, murid-murid akan menjadi seronok ketikan bermain dan sekali gus membantu mereka untuk menguasai keamahiran asas yang ingin diajar.

Selain itu, melaui permainan “
Libasgulung” ini juga dapat meningkatkan konsentrasi murid-murid. Hal ini kerana murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian mereka sewaktu bermain untuk menyambut hantaran daripada pihak lawan. Hal ini sekali gus dapat membantu murid-murid untuk memberi sepenuh tumpuan mereka sewaktu berada di dalam kelas. 


Secara keseluruhannya, permainan kanak-kanak “Libasgulung” bukan sahaja dapat menjadikan belajar lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

 

No comments:

Post a Comment